Tuesday, January 25, 2011

Selamat tinggal Brunei

Sudah lama ku memikirkan benda ni dan ini adalah keputusan muktamad.. Semua kesilapan yang telah ku buat akan ku tinggalkan di belakang.. Ku ingatkan akulah segalanya baginya tetapi nyata benda yang lama lebih berharga sebenarnya..

Aku hanya akan membawa diri ke tempat yang lain.. Bukannya aku nak melupakan mu 100% wahai Brunei, aku cuma ingin mencari diriku di tempat yang lain..

Jangan risau, blog ini akan sentiasa untuk memberikan perkhabaranku di mana jua ku berada.. Aku sedar walaupun sebagai kawan hati ini akan sakit bagai dihiris hiris melihat mu di tangan orang lain.. Memang dari awal ku menyedari kenyataan ini bahawa aku takkan dapat memilikimu bila kau sebenarnya milik orang..

Kepada orang tua ku, takkan ku lupakan tanggungjawab ku sebagai anak.. Akan ku cuba sedaya upaya untuk menunaikan kewajiban ku.. Selamat tinggal semuanya..

Sent from my iPhone4,

Wan Abdul Naafi

No comments:

Post a Comment