Tuesday, January 25, 2011

Bidadariku

Awak,

Ingat lagi waktu kita bertemu buat kali pertama?
Awak pakai baju kurung warna coklat.. Cantik..
Tapi pada masa tu saya belum lagi dengar suara awak..

Saya curi curi pandang awak dari jauh..
Dalam hati, "Inilah gadis yang ku cari selama ini"
Tapi saya tak berani nak hampiri awak untuk berkenalan..

Selepas malam tu, kita selalu ditemukan tapi dalam keadaan yang sukar..

Satu hari, awak call saya kata nk jumpa pasal awak nak pass something kat saya..
Saya dengan tanpa berfikir bersetuju dan bagitau awak yang saya tak sibuk ( walaupun pada waktu saya ada kerja nak siapkan)
Perasaan ini happy sangat sangat.. Hati ini berkata "Cukup rasanya bila melihat wajah awak, biar seribu tahun menanti"..

Awak ajak saya makan mee goreng yang awak masak..saya makan 2 pinggan walaupun saya sebenarnya tak tahan pedas.. terasa manis mee goreng tu mengetahui awak masak...

Awak ajak saya lagi keluar ada barang lagi awak nak pass kat saya..
Saya datang lambat pasal susah sangat nak cari parking..
awak nampak kereta saya dari jauh, awak belari untuk masuk kereta saya..
Saya tunggu awak di tengah2 jalan, banyak kereta beratur di belakang.. Lantaklah!!

Kita makan kat swensens, kita borak2, seolah olah kita berdua dalam dunia kita sendiri.. Pertama kali saya nampak awak senyum dan saya tak akan lupakan senyuman tu..

Awak mintak saya bawak awak ke KB, pasal tak pernah pegi sana.. saya tak befikir panjang bersetuju.. (walaupun hari dah malam dan nak kerja esok pagi).. Saya tak kisah...

Awak bawak air cocktail untuk perjalanan ke KB..
Kita bergurau sepanjang perjalanan.. awak buka cocktail yang awak bawa dan awak suapkan saya..
Yippee!! senangnya hati!! Disuapkan oleh seorang bidadari..

Awak bagi saya number malaysia awak, tapi saya tak berani nak call awak takut saya bertepuk sebelah tangan..

Satu hari awak text saya kata awak nak mintak tolong.. Bahagianya hati ini menerima text awak!!
Betul awak..

Semenjak Saya tahu yang awak pun suka kat saya, saya dah macam orang gila yang selalu tersenyum dengan hanfon dan kerap bercakap dengan hanfon.. Saya tak peduli apa orang nak cakap!!

Awak selalu cakap saya berani.. Saya bangga dengar awak cakap macam tu..

Tapi Awak,Kalau dimata awak saya seorang yang matang dan tak akan gugur oleh apa pun..
Awak silap..

Ingat tak bila awak hantar text kat saya mengatakan awak nak tinggalkan saya? Bukan pasal awak dah tak ada hati ngan saya tapi pasal keadaan telah memaksa awak untuk membuat keputusan itu..

Hati ini hancur lebur membaca text awak.. Tak pernah saya merasa kesakitan sebegitu rupa.. Inikah sakit nya bercinta?

Saya menghormati keputusan awak dan membawa diri ke tempat yang kita pernah pergi dulu..
tapi awak call saya balik, menanyakan apa saya buat pada masa tu.. Itu lah perasaan yang paling Happy yang saya pernah rasa, pasal saya tau ada peluang lagi untuk kita bersama...

Awak,Saya tahu note ini taklah seromantik mana.. Tapi ianya kisah cinta kita dan saya berbangga dapat dijumpakan dengan awak..

Awak selalu bertanya:
"Awak Sayang Saya Tak??"
"Awak rindu Saya tak??"
"Awak jangan pernah berubah tau"

Awak taulah yang;
Sayang saya semakin hari semakin bertambah sedalam isi bumi ini..
Kerinduan ini boleh saja menenggelamkan Gunung Everest..
Tipulah kalau saya bagitau saya tak kan berubah kerana aku ingin menjadi suami mu suatu hari nanti dan akan tetap menyayangi mu malah akan kian bertambah..

Kekasih mu,
Wan Abdul Naafi

Sent from my iPad

Wan Abdul Naafi bin Metussin

No comments:

Post a Comment